Sunday, May 7, 2017

Festival Nasyid JAIM 2017

Sungai Rambai Melaka

Alunan suara pasukan Nasyid Soutul Faizin sekali lagi menggegarkan pentas Festival Nasyid JAIM Peringkat Negeri Melaka.

Meskipun mendapat tempat saguhati, Kumpulan Soutul Mujahidin bukan sahaja mempersembahkan dua buah lagu yang hebat bahkan menerima tepukan yang gemuruh daripada para penonton.

Tahniah diucapkan, teruskan berusaha. Semoga Pasukan Nasyid terus mantap dan bergerak maju menyebarkab Dakwah melalui Industri Seni Suara.

Asas Memanah - Memanah Itu Sunnah

Kelab Memanah Batang Tiga

Meskipun baru mencecah usia dua bulan, hasil kerja sama ibu bapa, guru dan murid-murid, kita akan menghantar satu pasukan memanah ke pertandingan memanah tradisional yang akan diadakan di Perkampungan Hang Tuah Sabtu ini, 13 Mei 2017.

Semoga peluang ini akan memberikan lagi pengalaman dan ilmu yang bermanfaat terhadap tradisi memanah di kalangan masyarakat kita.

Pasukan pantun SRABTT

Alhamdulillah

Skuad Pantun SRABTT terus memberikan saingan di dalam Pesta Pantun Peringkat Negeri Melaka.

Banyak ilmu dan pengalaman yang ditimba, mudah-mudahan murid-murid akan menjadi pewaris kepada tradisi pantun yang sentiasa segar di hati generasi muda.

dokumentasi PSS SRABTT